Sunday, May 2, 2010

Jom Kembara.. Tips ke Eropah

Mari kita merasakan nikmat kembara, melihat pelbagai kebesaran tuhan diserata alam.. Mac lalu saya sempat menjelajah beberapa negara di Eropah. Kami pergi secara sendirian tanpa melalui agensi pelancongan.. Banyak pengalaman yang boleh kami kongsikan di sini untuk semua...

1)Tempah awal tiket kapalterbang.. Kami berjaya mendapat harga di bawah RM2000.00 seorang untuk perjalanan pergi dan balik!

2)Mengetahui keadaan cuaca ketika kita sampai di sana. Ini perlu bagi persiapan pakaian yang sesuai dan menganggar jumlah berat beg yang akan dimasukkan ke dalam kargo agar tidak melebihi had yang dibenarkan. Juga pemilihan beg yg sesuai sepanjang perjalanan.

3)Mengutamakan perjalanan yang akan sampai ke destinasi pada waktu siang, ini kerana lebih mudah mendapatkan kemudahan seperti kenderaan awam dan tempat penginapan di samping faktor cuaca.

...Bersambung

Monday, April 5, 2010

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog ini saya bina khusus untuk berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan yang saya kenali atau mungkin tidak kenal..

Apa jua idea, pengalaman, pendapat dan ilmu pengetahuan yang kita ada dan perlu untuk dikongsi bersama cetusan dari saya adalah amat di alu-alukan..

Sebarang bentuk provokasi, fitnah, tuduhan yang tidak berasas amatlah tidak digalakkan.. Semoga kita beroleh manfaat bersama..

Insya allah